PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melalui anak syarikatnya, Petronas North Ketapang Sdn. Bhd., membuat penemuan hidrokarbon pertama di telaga penerokaan Barokah-1 yang terletak di dalam Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) Ketapang Utara, luar pesisir Jawa Timur, Indonesia. Petronas merupakan pengendali PSC Ketapang Utara dengan 51 peratus kepentingan penyertaan, manakala Earthon North Ketapang Pte. Ltd. memegang 34 peratus dan PT. Pertamina Hulu Energi North Ketapang memegang 15 peratus kepentingan penyertaan. Telaga…










