KOTA KINABALU: Permohonan Kerajaan Persekutuan untuk menggantung pelaksanaan perintah mahkamah berkaitan tuntutan 40 peratus hasil Sabah tidak menjejaskan hak pemberian khas yang termaktub di bawah Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, perkara terbabit menjadi perhatian pihaknya berikutan ia turut menyentuh hak perlembagaan negeri Sabah. Menurutnya, sejak keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 17 Oktober tahun lalu, Kerajaan Persekutuan…








