PETALING JAYA: Seorang penghantar p-hailing maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 3 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) di sini, semalam. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 1.40 tengah hari apabila mangsa, lelaki termpatan berusia 38 tahun itu menunggang motosikal sebelum melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di lorong kiri jalan kerana mengalami kerosakan. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly…











