KUALA LUMPUR: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh ahli perniagaan, empat tahun lalu. Tertuduh, V. Vadivelu, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret M. Arunjothy. Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Mengikut pertuduhan, Vadivelu bersama tiga lagi tertuduh, M. Hariadasan, 32; G. Sathorohgunosing, 36, dan M. Partibekumaran, 41, didakwa membunuh Goh Chok Chuan,…











