GUA MUSANG: Penduduk di Taman Agropolitan Rantau Manis di sini terus berdepan penderitaan apabila terpaksa menumpang mandi di hentian rehat dan rawat (R&R) serta sungai malah mengangkut bekalan air sejauh 40 kilometer susulan gangguan bekalan sejak tiga minggu lalu. Situasi itu bukan sahaja menjejaskan rutin harian malah membebankan golongan wanita, kanak-kanak dan warga emas. Seorang penduduk, Sahazudin Mohammad, 52, berkata, ketiadaan bekalan air mengakibatkannya terpaksa ke R&R Rantau Manis untuk…










