Pencuri tabung Masjid Kristal didakwa esok

Pencuri tabung Masjid Kristal didakwa esok

Gaduh kongsi gelap
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Empat individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7 di sini dan diberkas baru-baru ini akan didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua suspek akan dituduh di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan mencuri di dalam bangunan seperti rumah kediaman, tempat simpanan harta atau tempat penjagaan harta.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati motif kumpulan berkenaan hanya untuk mencuri wang tabung masjid tanpa sebarang unsur provokasi lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati motif geng ini hanya mencuri wang tabung masjid dan tidak mempunyai niat provokasi yang bersifat lain-lain,” katanya ketika sidang alhbar Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, pagi tadi.

Kejadian tersebut tular di media sosial baru-baru selepas pihak masjid memuat naik hantaran di laman sosial berhubung kehilangan tabung besi yang dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Selain itu penemuan objek dipercayai tabung berkenaan pula ditemui di kawasan Seksyen 13.

Empat suspek lelaki berusia antara 17 hingga 26 tahun kemudian ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini