GEORGE TOWN: Penangguhan tawaran kontrak bagi Pakej 2 Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara tidak menjejaskan kemajuan pelaksanaan projek secara keseluruhan kerana kerja-kerja utama di bawah Pakej 1 masih belum siap. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, Pakej 2 yang melibatkan pemasangan sistem rel, elektrik, isyarat dan tren hanya boleh dilaksanakan selepas kerja struktur asas serta stesen di bawah Pakej 1 disiapkan sepenuhnya. Menurut beliau, oleh sebab itu, sebarang…










