Pelakon wanita, suami direman kes tipu tanah RM1.5 juta

Pelakon wanita, suami direman kes tipu tanah RM1.5 juta

PELAKON wanita (belakang) dan suaminya diiringi polis untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi permohonan reman ke atas mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: “Nanti tulis apa yang betul ya, kalau tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih.”

Itu kata ringkas seorang pelakon wanita berusia 35 tahun yang direman bersama suaminya berusia 40 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan jual beli tanah tidak wujud melibatkan kerugian lebih RM1.5 juta.

Kedua-duanya dibawa anggota polis ke Mahkamah Majistret Seremban bagi proses permohonan reman terhadap mereka pagi tadi.

Majistret, Nurul Azuin Mohd. Talha kemudian membenarkan perintah reman itu bermula hari ini sehingga 7 Mac.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, kedua-dua individu itu ditahan di sebuah kawasan di Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, Selangor, semalam.

Menurutnya, mangsa dalam kes itu ialah seorang lelaki berusia 56 tahun yang juga pesara ahli perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah.

“Bermula September 2023 hingga November 2025, mangsa dipercayai telah membuat sebanyak 195 transaksi bayaran sebelum menyedari tanah berkenaan sebenarnya tidak wujud, mengakibatkan kerugian berjumlah RM1,557,002.65.

“Mangsa mendakwa telah ditawarkan beberapa lot tanah di bawah Mukim Cheras, Selangor yang kononnya berstatus tanah kurniaan kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PELAKON wanita diiringi polis untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi permohonan reman ke atasnya dan suami.

Beliau berkata, suspek lelaki dipercayai menggunakan akaun bank milik bapa dan isterinya bagi menerima bayaran keseluruhan tersebut.

“Siasatan juga mendapati tanah yang ditawarkan itu tidak wujud seperti yang dijanjikan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan pihak polis mengesahkan menerima laporan pada Januari lalu berhubung kes penipuan membabitkan seorang pelakon wanita berkenaan pembelian tanah tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat di pada Januari lalu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN