Pelajar pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan esok

Pelajar pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki yang memijak al-Quran di Kuantan, Pahang bakal berdepan dua pertuduhan termasuk di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di mahkamah esok.

Pertuduhan itu membabitkan Seksyen 295 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana mencemarkan objek yang dianggap suci iaitu al-Quran dengan memijaknya dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Menurut Jabatan Peguam Negara, keputusan itu dibuat hasil penelitian kertas siasatan yang dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil penelitian menyeluruh terhadap kertas siasatan tersebut mendapat bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk pertuduhan dikenakan terhadapnya.

“Kedua-dua pertuduhan tersebut akan dikemukakan di mahkamah yang mempunyai bidang kuasa pada 3 Mac (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jabatan itu, Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

“Manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sebelum ini, tular di media sosial gambar kaki dikatakan seorang lelaki memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti awam.

Turut tular gambar suspek serta tangkap layar komen penuntut terbabit menghina Nabi Muhammad SAW.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN