Pasaran saham tempatan dibuka lemah - Utusan Malaysia

Pasaran saham tempatan dibuka lemah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka lemah hari ini apabila jatuh 5.46 mata kepada 1,696.41 pada 10.14 pagi ini berbanding 1,698.85 ketika ditutup pada Jumaat, susulan perang di Asia Barat.

Indeks penanda aras FTSE KLCI Bursa Malaysia (FBM KCLI) dibuka rendah pada 1693.39.

Jumlah dagangan sebanyak 542.9 juta unit bernilai RM343.79 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 393 berbanding 233 dengan 421 kaunter tidak berubah dan 1,635 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun susut 412.24 mata atau 0.77 peratus kepada 53,407.37 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, indeks STI Singapura naik 6.83 mata kepada 4,849.10 dan indeks Kospi Korea Selatan menokok sebanyak 0.28 peratus kepada 5,502.38.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN