PETALING JAYA: Operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika Aidilfitri dilaksanakan sebagai langkah berterusan bagi memastikan keselamatan negara. Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Datuk Lokman Effendi Ramli berkata, setiap tindakan penguatkuasaan dibuat berasaskan tanggungjawab menjaga ketenteraman awam tanpa mengira waktu termasuk musim perayaan. Katanya, setiap tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan adalah berteraskan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan negara dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara. “Operasi yang dijalankan oleh pihak imigresen tidak bersifat…











