Norreen Iman intai peluang bergandingan dengan Beto Kusyairi - Utusan Malaysia

Norreen Iman intai peluang bergandingan dengan Beto Kusyairi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Norreen Iman memaklumkan tentang keinginannya untuk berlakon disamping aktor, Beto Kusyairi.

Menerusi hantaran dalam Threads, Norreen berkata perkara itu menjadi hasrat yang dipendamnya sekian lama.

“Boleh tak saya nak berlakon dengan abang Beto Kusyairi.

“Ya, saya menekan-nekan sedikit.  Kalau dapat babak abang Beto lempang saya dari jauh, jangan risau saya boleh terus buat-buat mati.

“Izinkan saya,” katanya.

Norreen dalam masa yang sama berharap impian itu terlaksana satu masa nanti.

“Saya memang sudah lama teringan bekerja dengan Beto. Insya-Allah satu hari nanti ada rezeki,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN