Muhyiddin juga bukan lagi calon PM

Muhyiddin juga bukan lagi calon PM

GAMBAR pertemuan Ahmad Samsuri Mokhtar (kanan) dengan Muhyiddin Yassin yang dikongsikan Ahli Parlimen Bachok Mohd. Syahir Che Sulaiman di akaun Facebook miliknya, Januari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: “Yang pasti TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga bukan lagi calon PM (Perdana Menteri).”

Demikian balas Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar terhadap kenyataan Muhyiddin bahawa pelantikannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bukan bermaksud beliau adalah calon Perdana Menteri mewakili gabungan berkenaan.

Katanya, beliau mendapat banyak pertanyaan mengenai kenyataan itu namun siapa pun calon Perdana Menteri, namun keutamaan sekarang adalah memperkukuh PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16.

“Saya mendapat banyak pertanyaan wartawan mengenai kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Dr. Sam adalah Pengerusi Perikatan Nasional dan bukan calon PM.

“Siapa pun calon, keutamaan kita sekarang adalah memperkukuhkan Perikatan Nasional dan memantapkan muafakat seluruh negara demi menghadapi pilihan raya dengan lebih bersedia. Yang pasti TSMY juga bukan lagi calon PM,” katanya dalam Facebook beliau.

Sebelum ini, Muhyiddin berkata, soal calon Perdana Menteri tidak pernah dibincangkan dan pelantikan Ahmad Samsuri sebagai Pengerusi PN adalah disebabkan Pas bertegas mahukannya.

Katanya, Ahmad Samsuri cuma sekadar Pengerusi PN dan bukanlah calon Perdana Menteri yang akan ditampilkan gabungan pembangkang tersebut.

Ahli Parlimen Pagoh tersebut berkata, pemilihan calon Perdana Menteri masih belum dibin­cang dan diputuskan dalam kalangan kepimpinan PN.

Bekas Perdana Menteri itu turut berkata, pemilihan Ahmad Samsuri sebagai pengerusi dipersetujui Majlis Tertinggi PN ekoran permintaan Pas.

Menurutnya, Majlis Tertinggi PN pada Februari lalu akur dan melihat keputusan itu mungkin kerana ingin memberi ruang dan peluang kepada pemimpin dan tokoh muda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×