KUALA TERENGGANU: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini mengenakan denda sebanyak RM150,000 ke atas seorang pemilik sebuah syarikat selepas mengaku bersalah memiliki 29,070.78 liter minyak diesel tanpa lesen, tiga tahun lalu. Hasdi Mustapa, 45, sebagai orang kena saman (OKS) dijatuhkan hukuman denda itu selepas membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di depan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli Mengikut pertuduhan, pada 6 Julai 2023 kira-kira pukul 3.30 pagi, sepasukan pegawai…










