Sangat jarang persembahan seperti ini dipentaskan tetapi penganjurnya, Persatuan Teater Malaysia (PTM) mempunyai sebab tersendiri melakukannya. Persembahan teater berkonsepkan opereta atau dekon iaitu deklamasi puisi sambil berlakon suatu yang agak baharu dalam konteks persembahan pentas disekalikan dengan genre puisi. Program anjuran PTM dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Perguruan (IPG) Kampus Pendidikan Islam, dengan sokongan Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu dinamakan Opereta Puisi Melayu Bitara 2025, sebuah…










