Melaka tetap anjur Rumah Terbuka Aidilfitri - Utusan Malaysia

Melaka tetap anjur Rumah Terbuka Aidilfitri

AB. Rauf Yusoh bersalaman dengan petugas media pada Majlis Moreh Ketua Menteri bersama Media Melaka di Peringgit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri tetap menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat pada 28 Mac ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) untuk memberi peluang kepada pelbagai lapisan masyarakat bersama-sama meraikan Syawal di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, penganjuran acara tahunan itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, selain memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Rumah terbuka ini bertujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya pada Majlis Moreh Ketua Menteri bersama Media Melaka di sebuah restoran di Peringgit di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan supaya semua agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) tidak menganjurkan rumah terbuka Aidilfitri sebagai langkah berjimat cermat.

Kata Perdana Menteri, langkah tersebut dibuat susulan ketidaktentuan ekonomi global yang berpunca daripada konflik di Asia Barat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN