SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Bhd. (Matrix Concepts) menyalurkan bantuan bekalan makanan dan keperluan harian kepada keluarga kurang berkemampuan di beberapa buah kawasan perumahan di sini. Pegawai Eksekutif Bersama (Pembangunan Hartanah) Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, bantuan menerusi program Matrix Foodbank Drive 5.0 juga bertujuan menyampaikan nilai keprihatinan dan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan. Menurutnya, program tersebut dijalankan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO)…










