Majlis Perwakilan Penduduk dengar aduan rakyat, bukan penguatkuasa

Majlis Perwakilan Penduduk dengar aduan rakyat, bukan penguatkuasa

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) bukan pegawai penguat kuasa, sebaliknya berperanan sebagai wakil komuniti dalam menyuarakan isu penduduk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, anggota MPP tidak seharusnya menjalankan tugas seperti menyemak lesen atau berurusan dengan pemaju.

Menurut beliau, fungsi utama MPP adalah mendengar aduan penduduk dan menyalurkannya kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), bukan melaksanakan tugas penguatkuasaan.

“Pada dasarnya, mereka tiada kuasa untuk melakukan aktiviti seperti menyemak lesen. Perkara itu dilaksanakan melalui pihak berkuasa tempatan atau mesyuarat bersama DBKL,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pelancaran KIPRUN, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan peniaga tidak perlu bimbang membuat aduan kerana perlindungan disediakan bagi mengelakkan sebarang tindakan balas.

Katanya, pihaknya telah memeterai kerjasama dengan beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Persaingan Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memastikan keselamatan peniaga terjamin.

“Kita berusaha memudahkan urusan perniagaan di Kuala Lumpur, namun tetap tertakluk kepada peraturan ditetapkan.

“Bagi mendapatkan lesen, orang ramai disaran berurusan terus dengan DBKL dan bukan melalui ejen atau orang tengah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN