KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menangguhkan pengurusan kes pertikaian bayaran gas melibatkan Shell MDS (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) sehingga 16 Mac. Pada prosiding hari ini, Hakim Mahazan Mat Taib membuat keputusan itu untuk menunggu keputusan permohonan kebenaran yang difailkan Petronas berhubung kedudukan operasinya di Sarawak di Mahkamah Persekutuan. Peguam Petronas, Khoo Guan Huat memaklumkan bahawa syarikat minyak nasional itu telah…










