Lelaki OKU mengaku tidak bersalah beronani dalam masjid - Utusan Malaysia

Lelaki OKU mengaku tidak bersalah beronani dalam masjid

MUHAMMAD NOR HIDAYAT didakwa di Mahkamah Majistret Segamat hari ini atas pertuduhan melakukan onani di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat pada 4 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan onani dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Nor Hidayat Yusof, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Rahimah Abdul Majid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau dengan beronani di hadapan seorang wanita pada pukul 11.15 pagi, 4 Mac lalu di Masjid Al-Muhajirin, Bukit Siput, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Muhammad Ismail memaklumkan tertuduh tidak mempunyai pekerjaan tetap sekaligus mencadangkan wang jaminan yang tidak terlalu tinggi.

Difahamkan, tertuduh menetap di Kuala Nerus, Terengganu bersama ibu bapa serta 15 ahli keluarga lain termasuk lapan adik-beradik yang masih bersekolah.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin, selain memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran alamat rumahnya di Kuala Nerus sepanjang tempoh prosiding kes.

Rahimah turut menetapkan 28 April depan untuk sebutan semula kes.

Pada 4 Mac lalu, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki melakukan perbuatan tidak senonoh dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah masjid di Bukit Siput.

Suspek ditahan polis di Taman Air Biru, Pasir Gudang kurang 24 jam selepas kejadiaan, hasil operasi sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini