Lelaki OKU hidap penyakit mental kunci diri dalam bilik sebelum ditemukan rentung

Lelaki OKU hidap penyakit mental kunci diri dalam bilik sebelum ditemukan rentung

ROHANI Mohamed ditenangkan keluarganya selepas melihat jenazah anaknya yang diusung keluar dari lokasi kebakaran di Kampung Mujur, Jelawat dekat Bachok, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit mental bertindak mengunci dirinya di dalam bilik dan membakar selimut serta beberapa barangan lain sebelum ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Mujur, Jelawat di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu,  Che Mohamad Faizul Che Sulaiman, 41, terperangkap di dalam sebuah bilik yang dipercayai dikunci dari dalam ketika api sedang marak.

Ibu mangsa, Rohani Mohamed, 66, berkata, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum melihat anaknya sedang memegang sebilah pisau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, bimbang dengan keselamatannya, dia terus memeluk Che Mohamad Faizul untuk merampas pisau tersebut dan menjerit meminta tolong daripada beberapa anak yang sedang tidur.

“Pada masa sama, saya bergegas ke bilik lain untuk mengambil sebilah lagi pisau sebelum merayu kepadanya supaya tidak menikam diri sendiri.

“Dia terus masuk ke dalam bilik dan mengunci dari dalam. Tidak lama kemudian, saya nampak api marak menyala dari dalam bilik Che Mohamad Faizul,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Rohani berkata, menyedari api marak dari dalam bilik itu, salah seorang anaknya menendang pintu sebelum cuba menarik Che Mohamad Faizul keluar daripada terperangkap dalam kebakaran itu, namun gagal.

Katanya, melihat api semakin marak, dia dan anak-anaknya yang lain bergegas keluar dari rumah sehelai sepinggang untuk menyelamatkan diri.

“Che Mohamad Faizul tidak pernah bertindak sedemikian sejak disahkan menghidap penyakit mental kira-kira 10 tahun lalu. Selain Allahyarham, dua lagi anak saya juga disahkan menghidap masalah mental.

“Jenazahnya dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Mujur, Jelawat di sini hari ini selepas proses bedah siasat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini