Lelaki maut ditetak berulang kali, adik hampir putus tangan - Utusan Malaysia

Lelaki maut ditetak berulang kali, adik hampir putus tangan

SALAH seorang suspek yang diberkas susulan kejadian bunuh seorang lelaki di Taman Kempas, Sungai Petani tengah malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki berusia lewat 20-an maut dipercayai akibat ditetak berulang kali di hadapan rumahnya di Taman Kempas, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian antara pukul 12 tengah malam hingga 2 pagi itu, adik perempuannya cedera parah dengan tangan hampir putus. 

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya berjaya menahan tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang ada antaranya tinggal di kawasan perumahan sama dengan mangsa.

“Kita berjaya merampas beberapa senjata yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan dan mangsa maut juga dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, tiga suspek terbabit direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×