JOHOR BAHRU: Sekumpulan penjenayah yang menyamun seorang ahli perniagaan Pakistan sebanyak RM500,000 di hadapan sebuah bank di Pasir Gudang, di sini minggu lalu hanya sempat membelanjakan kira-kira RM12,000 sebelum kesemuanya ditahan polis dalam tempoh 24 jam. Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, pihaknya berjaya menahan lapan individu termasuk seorang wanita tempatan berketurunan Pakistan berusia antara 23 hingga 53 tahun. Katanya, salah seorang daripada suspek mengenali mangsa yang berusia…








