PETALING JAYA: Seramai 14,332 pengarah syarikat dilarang keluar negara sehingga Disember 2025 selepas gagal menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk pekerja mereka. Tindakan tegas itu diambil susulan penyerahan 2,257 nama baharu kepada Jabatan Imigresen Malaysia di bawah Seksyen 39 Akta KWSP 1991 bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu. Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin berkata, majikan mempunyai kewajipan undang-undang di bawah Seksyen 43(1) akta yang sama untuk…










