PETALING JAYA: Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bakal menyertai platform usaha sama penyejukan daerah, Lestari Cooling Energy Sdn. Bhd. (Lestari Cooling Energy) sebagai pelabur strategik dengan komitmen modal dijangka mencecah RM190 juta. Penyertaan dana pencen sektor awam itu bakal memperkukuh profil syarikat tersebut yang ditubuhkan melalui kerjasama antara KJTS Group Berhad (KJTS) dan firma pelaburan infrastruktur global, Stonepeak. Pelaburan KWAP disalurkan melalui Dana Iklim+, iaitu inisiatif pertama Malaysia yang berfokuskan…











