Kutipan cukai RM197.79 bilion pada tahun lalu

Kutipan cukai RM197.79 bilion pada tahun lalu

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperoleh sebanyak RM197.79 bilion pada tahun lalu, hasil dari kutipan cukai langsung dan cukai tidak langsung.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, ia berdasarkan laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2026 yang diterbitkan oleh kementeriannya.

Menurut beliau, anggaran disemak bagi kutipan hasil cukai pendapatan individu dan syarikat untuk tahun lalu adalah masing-masing sebanyak RM44.86 billion dan RM97.03 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jelansya, jumlah kutipan hasil cukai jualan dan cukai perkhidmatan pula adalah sebanyak RM25.6 bilion dan RM30.3 bilion.

“Bagi tahun 2026, hasil kutipan cukai pendapatan individu dijangka meningkat sebanyak 9.4 peratus kepada RM49.07 bilion, manakala cukai pendapatan syarikat meningkat kepada RM103.35 bilion iaitu peningkatan 6.5 peratus berbanding kutipan hasil tahun lalu.

“Unjuran jumlah kutipan cukai jualan adalah sebanyak RM26.6 bilion dan cukai perkhidmatan sebanyak RM33 bilion,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab Chong Chieng Jen (PH-Stampin) mengenai jumlah pungutan cukai pendapatan individu dan syarikat serta cukai jualan dan perkhidmatan pada tahun lalu dan anggaran untuk tahun ini.

Sementara itu, Chin Tong berkata, peningkatan unjuran kutipan hasil cukai antara lain disumbangkan oleh pertumbuhan gaji yang lebih stabil yang membawa kepada peningkatan bilangan pembayar cukai individu berdaftar sebanyak 13 peratus.

Katanya, kadar pengangguran yang rendah dan pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) turut memainkan mempengaruhi unjuran itu.

“Selain itu, pendapatan syarikat yang lebih tinggi khususnya daripada sektor perkhidmatan dan pembuatan serta pelaksanaan e-Invois secara berfasa mulai Ogos 2024 dijangka turut menyumbang kepada peningkatan hasil cukai korporat serta mengurangkan ketirisan dan meningkatkan pematuhan cukai,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini