KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTM) menambah sebanyak 228 perjalanan tren bagi memenuhi permintaan pengguna untuk pulang ke kampung halaman sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tren tambahan yang akan beroperasi bermula 17 hingga 29 Mac ini melibatkan 196 trip perjalan perkhidmatan ETS dan 32 lagi pula perkhidmatan EMUPlus. Beliau berkata, dalam tempoh tersebut, perkhidmatan ETS dan EMUPlus akan beroperasi…










