KOTA BHARU: Krisis bahan bakar yang melanda beberapa kawasan sempadan Malaysia-Thailand dijangka memberi kesan ketara terhadap pendapatan ejen pelancongan tempatan, khususnya yang bergantung kepada pakej perjalanan darat ke negara jiran itu. Pengendali pelancongan, Zulkifli Hashim berkata, jika situasi terus meruncing berkemungkinan besar pemain dalam sektor itu terpaksa mengurangkan kekerapan perjalanan atau menaikkan harga pakej. Katanya, kekurangan bekalan bahan bakar di beberapa lokasi strategik menjejaskan kelancaran perjalanan bas pelancong dan kenderaan…










