KPT, Kementerian Luar pantau pelajar Malaysia di negara Teluk

KPT, Kementerian Luar pantau pelajar Malaysia di negara Teluk

ZAMBRY Abd. Kadir (tengah) bergambar kenangan bersama penuntut pada program Sembang Santai bersama Mahasiswa UniSZA dan UMT di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memantau keselamatan dan keberadaan pelajar Malaysia di negara-negara Teluk susulan perkembangan geopolitik semasa di rantau berkenaan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pihaknya kini sedang menjalankan pemantauan rapi bagi memastikan semua pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat.

Kata beliau, setakat ini kementerian belum menerima maklumat terperinci berhubung kedudukan pelajar Malaysia khususnya di kawasan yang dilaporkan berpotensi menjadi sasaran.

“Buat masa ini, kita difahamkan sebarang tindak balas melibatkan Iran lebih tertumpu kepada institusi, lokasi atau pangkalan yang mempunyai kaitan dengan Amerika Syarikat.

“Sehubungan itu, saya mengarahkan supaya memantau institusi pengajian tinggi yang mempunyai hubungan dengan negara tersebut di rantau Teluk, bagi memastikan kita dapat mengenal pasti keberadaan pelajar Malaysia dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Sembang Santai bersama mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Dewan Perdana UniSZA, di sini, hari ini.

Menurut Zambry, walaupun jumlah pelajar Malaysia di kebanyakan negara Teluk tidak ramai, langkah pemantauan tetap dilaksanakan secara menyeluruh tanpa mengira bilangan.

“Di Arab Saudi, kita mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai namun di negara Teluk lain khususnya yang mempunyai institusi berkaitan Amerika, jumlah pelajar kita adalah terhad. Bagaimanapun, sama ada ramai atau tidak, kerajaan tetap mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keselamatan semua rakyat Malaysia di luar negara sentiasa terjamin,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN