PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Sesi Libat Urus (SLU) Bersama Pemegang Taruh Tadika Swasta Zon Utara diadakan di sebuah gereja seperti yang tular baru-baru ini. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, SLU berkenaan sebenarnya dilaksanakan di dewan Sekolah Menengah Antarabangsa Assumption di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang berdaftar dengan KPM. “Pemilihan sekolah tersebut dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuk kemudahan serta fasiliti…










