Konflik Iran: Tourism Malaysia fokus pasaran negara serantau

Konflik Iran: Tourism Malaysia fokus pasaran negara serantau

tourism malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Konflik melanda Asia Barat ketika ini dijangka tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk P. Manoharan berkata, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pasaran negara-negara serantau untuk menarik pelancong ke sini.

“Kita memberi fokus kepada pelancong-pelancong dari negara serantau, selain Asean, kita juga menerima ramai pelancong dari China, India, Jepun dan Korea.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Diharapkan perang ini tidak akan berlangsung terlalu lama, kerana ia menjejaskan seluruh dunia yang menggunakan ruang udara Asia Barat,” katanya pada pelancaran Mystravel yang merupakan agensi pelancongan dalam talian di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan Kedah, Datuk Mohd. Salleh Saidin berkata, pengiktirafan lapangan terbaik bagi kategori dua juta penumpang yang diterima Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) membuktikan kesediaan pulau itu menerima kemasukan pelancong.

Menurutnya, pengiktirafan tersebut turut memberi keyakinan kepada pelancong asing untuk terus memilih Langkawi sebagai destinasi percutian.

“Sejak saya dilantik, ada banyak imej negatif yang digembar-gemburkan bertujuan untuk merosakkan imej Langkawi, tetapi pengiktirafan ini akan memberikan imej yang meyakinkan kepada pelancong untuk datang ke tempat kita.

“Masyarakat setempat dan pemain industri pelancongan perlu menjaga imej Langkawi dan jangan kita membawa imej yang tidak baik yang akan merosakkan imej Langkawi juga,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini