PUTRAJAYA: Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel melonjak masing-masing kepada RM2 bilion dan RM1.2 bilion susulan kenaikan harga minyak global akibat pergolakan dan konflik di Asia Barat. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, sebelum itu jumlah tanggungan subsidi berjumlah RM700 juta untuk kedua-dua bahan api itu yang dinilai dalam tempoh sebulan. Bagaimanapun, kesan konflik rantau itu, kerajaan perlu menanggung jumlah subsidi bulanan keseluruhan RON95 dan diesel,…










