Komplot jatuhkan kerajaan: Keterangan pengadu, saksi diambil - Utusan Malaysia

Komplot jatuhkan kerajaan: Keterangan pengadu, saksi diambil

M. Kumar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bukit Aman telah merakam keterangan dua individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap negara.

Perkara itu disahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut beliau, dua individu yang dipanggil terdiri daripada pengadu dan seorang saksi bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh termasuk meneliti setiap maklumat yang diperoleh dan akan memanggil individu lain bagi tujuan siasatan.

“Beri ruang dan masa kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan secara terperinci,” katanya secara ringkas.

Pada 1 Mac lalu, Ketua Polis Negara memaklumkan, penelitian terhadap laporan dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan serta melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Katanya, siasatan berkenaan memerlukan masa dan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan setiap aspek diteliti secara menyeluruh.

Sebelum ini, seorang individu berpengaruh dan agensi media antarabangsan disiasat polis berhubung dakwaan itu.

Siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN