KUALA TERENGGANU: Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bertindak tegas mengenakan kompaun serta-merta sebanyak RM20 terhadap individu yang dikesan membuang dan melonggokkan sampah dan sisa makanan di tempat awam. Tindakan tanpa kompromi itu diambil susulan sisa makanan ditinggalkan berselerak di padang dan kawasan lapang seolah-olah menjadikannya ‘tapak pelupusan segera’ sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan, khususnya di lokasi tumpuan berbuka puasa sekitar bandar raya ini. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan…










