Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak 27 das - Utusan Malaysia

Kenderaan Ahli Parlimen Narathiwat ditembak 27 das

PIHAK berkuasa menemukan sekurang-kurangnya 27 kelongsong peluru M16 berhampiran kediaman Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Thailand Kamonsak Leewamoh pada Jumaat lalu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Polis menemukan sekurang-kurangnya 27 kelongsong peluru M16 di lokasi kejadian kenderaan yang dinaiki Ahli Parlimen Kawasan 5 Narathiwat, Kamonsak Leewamoh ditembak pad Jumaat lalu.

Jurucakap polis berkata, semua kelongsong peluru itu ditemukan bertaburan di atas jalan raya kira-kira 300 meter dari kediaman Ahli Parlimen berkenaan di Mukim Bacho, Daerah Bacho, Wilayah Narathiwat.

Menurutnya, semua kelongsong peluru itu dikumpul untuk pemeriksaan forensik bagi mengesan pelaku serangan yang menyebabkan pengawal peribadi dan pemandu Kamonsak cedera parah.

“Pihak berkuasa percaya penyerang melepaskan sekurang-kurangnya 27 das tembakan ke arah kenderaan pelbagai guna dinaiki Kamonsak.

“Kita tidak menolak kemungkinan serangan itu dilakukan kumpulan terancang yang menyasarkan Kamonsak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jurucakap polis memberitahu, gerakan besar-besaran dijalankan bagi mengesan pelaku, terutama memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Daerah Bacho.

Katanya, polis percaya sekurang-kurangnya tiga individu terlibat dalam serangan terhadap Ahli Parlimen berkenaan.

Utusan Malaysia 20 Mac lalu melaporkan, Kamonsak terselamat dalam cubaan bunuh di hadapan rumahnya di Mukim Bacho, Daerah Bacho, di sini.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, seorang anggota polis yang juga sepupu Kamonsak, Sarjan Polis Harirak Heemmina, 43, dan pemandu, Uchalam Kohloh, 55, cedera parah terkena beberapa das tembakan.

Difahamkan, ini adalah kali pertama dalam hampir 20 tahun seorang pemimpin politik utama yang mewakili penduduk Selatan Thai diserang dan cuba dibunuh.

Sebelum ini, seorang Senator yang mewakili Wilayah Narathiwat, Fakhruddin Botto, cedera parah ditembak dalam satu cubaan bunuh di Daerah Rangae, pada 6 Ogos 2006.

Beliau diserang hendap dan ditembak berhampiran sekolah agama Darussalam miliknya di Jalan Perbandaran 8 di Mukim Tanjong Mas, Rangae ketika sedang menunggang motosikal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN