Kelantan isytihar 19 Mac sebagai cuti kelepasan am - Utusan Malaysia

Kelantan isytihar 19 Mac sebagai cuti kelepasan am

MOHD. NASSURUDDIN DAUD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersetuju mengisytiharkan Khamis ini bersamaan 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, cuti pada 29 Ramadan bertujuan memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran.

Katanya, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang sambutan Aidilfitri.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin memberitahu, beliau berharap cuti berkenaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN