Hishammuddin juga serah surat mohon sertai semula UMNO

Hishammuddin juga serah surat mohon sertai semula UMNO

HISHAMMUDDIN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menyerahkan surat permohonan untuk menyertai semula UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya menerima beberapa surat permohonan daripada pemimpin parti yang sebelum ini digantung atau dipecat bagi kembali bersama memperkukuhkan perjuangan parti tersebut.

Menurutnya, antara yang menyerahkan surat permohonan ialah Hishammuddin selain bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

“Berita yang cukup syahdu dan menggembirakan di malam-malam terakhir Ramadan. 

“Selain Khairy Jamaluddin, ramai lagi pemimpin yang pernah menabur jasa telah menyerahkan surat permohonan untuk kembali bersama memperkuatkan wadah perjuangan Rumah Bangsa ini termasuk Datuk Seri Hishammuddin,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berharap UMNO terus diberkati sebagai wadah perjuangan bagi memperjuangkan agenda Islam, Melayu dan negara secara keseluruhannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN