PETALING JAYA: Tindakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran mengiringi aktivis, Arumugam Dorasamy ke mahkamah boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap ketelusan dan kesaksamaan sistem kehakiman negara. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, situasi tersebut boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap kebebasan badan kehakiman dan menimbulkan tanda tanya mengenai integriti proses perundangan. “Hari ini kita saksikan dua individu dituduh di mahkamah atas pertuduhan…










