Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi ditutup

Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kedutaan Malaysia di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan ditutup kepada orang ramai susulan situasi keselamatan serantau yang sedang berlaku.

Dalam satu notis pada hari ini, kedutaan itu memaklumkan bahawa perkhidmatan kaunter konsular secara bersemuka tidak akan disediakan sepanjang tempoh penutupan tersebut.

Bagaimanapun, pasukan konsular masih boleh dihubungi melalui telefon dan emel bagi memberikan nasihat serta bantuan, termasuk bagi urusan kecemasan.

Bagi sebarang kecemasan, orang ramai boleh menghubungi talian +971 50 614 6894 atau e-mel [email protected].

Kedutaan turut merakamkan penghargaan atas kefahaman dan kerjasama orang ramai berhubung perkara itu.

Penutupan berkenaan dibuat susulan kebimbangan keselamatan yang semakin meningkat di beberapa bahagian Asia Barat, dengan beberapa negara mengambil langkah berjaga-jaga termasuk menilai semula operasi diplomatik dan langkah keselamatan masing-masing.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN