PETALING JAYA: Kadar premium insurans kapal yang beroperasi di kawasan Teluk dan Selat Hormuz dijangka meningkat sehingga 100 peratus susulan risiko keselamatan semakin tinggi berikutan konflik perang antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel. Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang, Datuk Kapten K. Subramaniam berkata, setiap kapal yang beroperasi di mana-mana laluan perairan wajib mempunyai perlindungan insurans bagi melindungi pelbagai risiko termasuk pelanggaran, pencemaran laut akibat kebocoran minyak serta kerosakan…










