JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menukar kesemua jeriji penghadang di kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Mutiara, di sini susulan insiden seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun terjatuh sehingga mengalami kecederaan kritikal, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, inisiatif tersebut melibatkan 2,000 unit jeriji penghadang dengan kos sehingga RM3 juta. “PPR Desa Mutiara ini merupakan antara PPR tertua di Johor, ia siap dibina…











