Jatuhkan kerajaan: 14 dirakam keterangan, saksi penting sudah keluar negara

Jatuhkan kerajaan: 14 dirakam keterangan, saksi penting sudah keluar negara

Datuk M. Kumar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 14 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata keterangan tersebut diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, melalui semakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terdapat saksi penting yang telah membuat pergerakan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa

Kuala Lumpur (KLIA) antara Januari hingga Februari lalu.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini meneruskan usaha mengesan saksi-saksi tersebut bagi membantu siasatan.

“Komitmen untuk menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Kumar mengingatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail memaklumkan seorang individu berpengaruh dan agensi media antarabangsan disiasat polis berhubung dakwaan itu.

Siasatan itu dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan

Pada 3 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didakwa didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media serta institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Siasatan awal oleh PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan dipercayai mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai serta menggugat kerajaan sedia ada. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN