PETALING JAYA: Seramai 14 saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan cubaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, berkata keterangan tersebut diambil di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah. Katanya, melalui semakan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terdapat saksi penting yang telah membuat pergerakan keluar dari Malaysia melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara Januari hingga…










