KUALA LUMPUR: Orang ramai tidak seharusnya dikelirukan dengan dakwaan bahawa kerajaan tidak membuat persediaan sewajarnya berhubung cabaran krisis Asia Barat atau menjadikan isu tersebut sebagai bahan politik. Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz berkata, kerajaan telah melaksanakan langkah fiskal yang kukuh dan proaktif bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil sekiranya krisis di Asia Barat berterusan. Katanya, antara langkah yang diambil termasuk usaha penjimatan serta mengekalkan…










