KOTA TINGGI: Projek JanaVeteran dilihat mampu memperkasa golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selain menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara pada masa depan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, program rintis projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Boustead Plantations Berhad (BPlant) melalui tanaman halia menggunakan jenama Halia KayTi. Menurut beliau, pelaksanaan projek itu akan diperluaskan secara berperingkat melibatkan kesemua 42 ladang BPlant di seluruh negara selain tanah bersesuaian lain…











