TEHERAN: Hanya kapal tangki minyak yang tidak diklasifikasikan sebagai ‘musuh’ Iran dibenarkan melalui Selat Hormuz, dengan syarat mematuhi sepenuhnya peraturan keselamatan serta berkoordinasi dengan pihak berkuasa negara itu. Kementerian Luar Iran dalam kenyataan kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) memaklumkan, laluan strategik berkenaan kekal boleh digunakan oleh kapal yang tidak terlibat dalam sebarang tindakan pencerobohan terhadap Tehran. Kenyataan tersebut kemudiannya diedarkan kepada negara anggota serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam. Menurut…











