Iftar Dataran Merdeka tarik perhatian pelbagai kaum, pelancong

Iftar Dataran Merdeka tarik perhatian pelbagai kaum, pelancong

MASYARAKAT pelbagai kaum dan pelancong menanti masa untuk berbuka puasa pada Majlis Perasmian Iftar Ramadan 2026 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Budaya berbuka puasa di kawasan terbuka dengan panorama menarik kini menjadi trend semasa dalam kalangan belia dan keluarga bagi mendapatkan pengalaman iftar harmoni termasuk masyarakat bukan Islam.

Tinjauan Utusan Malaysia semalam mendapati, Dataran Merdeka dekat sini mula dibanjiri orang ramai terutamanya penduduk ibu kota seawal pukul 5 petang yang datang membawa makanan berbuka serta kelengkapan ringkas seperti tikar dan kerusi lipat.

Seorang pelajar UCSI University, Valencia Tania, 21, berkata, suasana berbuka di tapak warisan bersejarah yang berlatarbelakangkan bangunan pencakar langit memberikan pengalaman cukup bermakna.

“Program ini sangat bagus kerana saya boleh berjumpa dengan pelbagai masyarakat dari seluruh negara dan ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan,” katanya.

Seorang lagi pengunjung, Meor Arrif, 30, berkata, program itu adalah salah satu langkah signifikan dalam mempromosikan keunikan tempat pelancongan serta kepelbagaian makanan di Malaysia.

“Saya berharap agar inisiatif sebegini diteruskan secara konsisten sebagai usaha strategik untuk memartabatkan nama Malaysia di persada dunia,” katanya.

Sementara itu, Monir Syed, 22, yang merupakan warga Arab Saudi berkata, berbuka puasa di Dataran Merdeka menarik perhatiannya kerana disajikan pelbagai hidangan tradisional tempatan yang menjadi tarikan utama para pelancong. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN