Hukuman paling berat bagi pemabuk yang mengakibatkan kemalangan - Balan Kash - Utusan Malaysia

Hukuman paling berat bagi pemabuk yang mengakibatkan kemalangan – Balan Kash

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi rap, Balan Kash mencadangkan hukuman paling berat dikenakan kepada pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Berkongsi dalam Threads, penulis lirik berusia 43 tahun itu berkata pelaku, termasuk orang kurang upaya (OKU) tidak boleh terlepas daripada dikenakan hukuman maksimum.

“Pemandu mabuk yang mengakibatkan kemalangan perlu dikenakan hukuman paling berat.

“Pemegang kad OKU juga tidak terkecuali. Cukup-cukuplah,” kongsinya.

Hantaran itu dibuat susulan kemalangan tragis membabitkan seorang penunggang motosikal yang maut selepas dilanggar kereta Honda City yang dipandu pemandu mabuk dan dibawah pengaruh dadah.

Perkongsian Balan itu menerima pelbagai reaksi netizen, dengan ada yang mencadangkan hukuman gantung bagi kesalahan sama.

“Hukuman gantung seperti dilaksanakan terhadap penyeludup dadah di Singapura,” cadang seorang netizen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN