KUALA LUMPUR: Seorang guru penolong kanan kokurikulum di sekolah menengah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan mengemukakan tuntutan palsu bagi pembekalan peralatan sukan berjumlah RM22,728, enam tahun lalu. Tertuduh, Sahnan Nuddin Abdul Razak, 47, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Mengikut pertuduhan, guru itu didakwa mengemukakan satu invois yang mengandungi butiran palsu kepada pengetua sekolahnya…










