Gerai mercun terbakar di Wakaf Che Yeh

Gerai mercun terbakar di Wakaf Che Yeh

TANGKAP layar kebakaran gerai menjual mercun di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Peniaga dan pengguna jalan raya cemas selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Wakaf Che Yeh di sini, hari ini. Situasi itu menyebabkan berlaku letupan sehingga mencetuskan rasa cemas dalam kalangan peniaga di kawasan berkenaan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. Katanya, kerja-kerja memadam kebakaran sedang giat dijalankan. – UTUSAN  

Sokong kewartawanan kami

PERCUMA

1 bulan

1 Bulan / RM4.99

Sehari hanya RM0.17

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN